Powered By Blogger

Sahabat dunia akhirat.. InsyaAllah

Sunday, May 29, 2011

resepi kebahagiaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu
Hahaha.. ok, topik kite hari lain dari yang lain sikit..
Ye, topik hari ni adelah resepi kebahagiaan rumah tangga..anda memang tak salah bace..
Dan betul jugak ana yang tulis entry kali ni
Serius.. ana yg buat berdasarkan pengalaman..
Eceh.. xdelah pengalaman.. tulis ni suka2 je.. di samping memberi tips2 bergune.. (bergune la sangat)

Ok.. ke topik perbincangan kite, pernah x si suami mendengar kate2 begini dari si isteri??

“abang, saya malas masak la penat”

Atau

“awak masak la hari ni. Hari2 saye je masak”

Atau

“teringin la nak makan masakan awak”(ni salah satu trick yang bagus kalau si isteri nak suruh suami masak)

Pasti si suami biase dengar ayat2 begini kan?atau yg lebih kurang la.. J
Ape yang ana akan kongsikan hari ini adalah resepi istimewa mungkin anda boleh gunakan untuk candle light dinner.. hehehe.. yelah sekali sekala meringankan beban isteri apetah lagi dengan sesuatu yg istimewa kn??

Ok resepi kebahagian yg ingin ana kongsikan hari ini adalah “Fillet ikan dengan Salad Mempelam.”

Bahan2:-

2 hiris isi ikan
(mane nak dapat isi ikan?ofcoz la dalam laut..jenis ikan-cari yg isi die tebal2 la..xkan nak pakai ikan bilis kut. Senang cerita cari je isi ikan kat pasar raye tu. )

Untuk sos:

2 meja sudu Sos Cili Thai
(table spoon actually.xtaw dalam bahase melayu ape.)
1 meja sudu perahan limau nipis(bikan limau mandarin)
1sudu teh gula(gule tau bukan teh)
1 sudu the sos ikan(pati ikan ke xpon bantai je sos tiram.. habis cerite)

Untuk salad:

1 mempelam yg dah masak,dicincang(mane nak cari?pasaraye banyak)
1 bawang merah, dicincang(bawang merah tak kenal tak taw la,cube tanye jiran sebelah)
2 tangkai daun sup dipatah-patahkan

Cara membuat:-

1)panaskan satu sudu minyak di dalam kuali(frying pan) dengan api yg sederhane.Goreng isi ikan dgn menggunakan teknik Pan-fry(tak tau istilah bahase melayu ape.) Goreng isi ikan selame 2 minit atau sehingga isi ikan kekuningan. Terbalikan isi ikan

2)campurkan bahan2 untuk sos dalam satu mangkung kemudian kacau sesedap rase. Selepas itu gaulkan bahan2 salad mempelam di dalam mangkuk yang lain.

3)Semasa menghidang,tuangkan sos dan salad mempelam keatas isi ikan tadi.Enak dihidang semase panas. (panas suam2 la tak kan la panas menggelegak.)



Tengok senang je kan nak buat?? Menu mudah untuk menyelesaikan masalah yang mungkin meruncing. Ape??x sedap? Mungkin sebab korang tak pandai masak kut.. hehehe.. xpe2 jgn risau.. at least da try kan nak buat something untuk si isteri. Tak sedap mane pun msti akan dihargai. Lagipun kalau teruk gile rase die kan, lepas ni tak de la isteri asyik suruh masak je.. penat mane pun die akan masak jugak.. xpun beli je la mee segera tu bancuh.. sebab si die tahu yg si suami mmg tak pandai masak. tak ke bahagie cam tu?? Huahahaha… 


Tak salah kan sekali sekale memasak untuk isteri. Tak ke romantik namenye tu??
Isteri adelah penyeri hidup kepada seorang suami, kan elok kalau suami menyerikan hidup isteri dengan membuat kerja2 rumah sekali sekala.
Di sebutkan juga dalam sebuah hadith bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah membuat semua kerja2 rumah yg selalunya dilakukan oleh isteri baginda.


Oleh:
Amran Majazi
Pakar motivasi yang memang tidak bertauliah(sebab ade sijil SPM je)


p/s:ni namenye xde keje..

1 comment: